Posted by: skkptapah | 30 April 2010

Sejarah SK Kampong Pahang,Tapah

Dengan daya usaha Tok Sidang Kampong Pahang, Encik Tambi bin Tahir dan dibantu oleh Tuan Haji Saleh bin Ketik serta dengan desakan ibu-bapa Kampong Pahang maka tertubuhlah Sekolah Kampong Pahang dengan menumpang bangunan Sekolah Jenis Kebangsaan ( Cina ) Kampong Pahang pada awal tahun 1954.

         Apabila bertambahnya pelajar-pelajar, pada tahun 1960, Sekolah Kebangsaan Kampong Pahang telah berpindah ke tapak yang baru. Tapak sekolah ini didermakan oleh Encik Badilah bin Haji Abdul Rahman ( Tok Tandewa Sakti Tapah ). Kemudiannya telah dibeli oleh kerajaan serta sebahagian kecil diwakafkan oleh Baitulmal. Bangunan sekolah ini adalah dibiayai oleh derma–derma dari ibu-bapa sekitar. Diantara penderma yang terbanyak ialah Tuan Haji Adam iaitu sebanyak rm 3,000.00.

         Daripada keadaan-keadaan itulah Sekolah Kebangsaan Kampong Pahang telah membangun sehingga sekarang. Diantara yang berjaya ialah General Bersara Tuan Haji Mustafa Khalil bin Ismail dan Encik Mokhtaruddin bin Ismail sebagai peguam yang berjaya.

Posted by: skkptapah | 30 April 2010

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Kategori